Wednesday, May 22, 2013

Buah pinggang penentu kesihatan seksual anda

Buah pinggang penentu kesihatan seksual anda

Buah pinggang dan sistem perkumuhan

Di dalam perubatan tradisional Cina, buah pinggang mempunyai tugas penting iaitu menjadi penentu kepada kesihatan seksual sama ada lelaki dan wanita, menjadi jus bagi keinginan seks, kesuburan dan pembiakan. Buah pinggang juga berfungsi menguatkan hati (liver) jika buah pinggang kita kuat maka hati juga akan kuat kerana kedua-duanya berkaitan.


Rawatan akupunktur

Bagi menguatkan kembali zakar dan ketahanan seksual anda titik buah pinggang perlu diaktifkan. Jarum akupunktur dicucuk ke titik-titik berkenaan dan dipulas bagi merangsang saraf yang berkaitan buah pinggang. Berdasarkan pengalaman saya pesakit akan berasa seperti aliran elektrik semasa proses rawatan sedang berlangsung. Ini menunjukkan tanda baik bagi pesakit dan sekiranya ingin mendapatkan keberkesanan perlulah rawatan dibuat secara berulangkali.

Rawatan akupunktur bagi menguatkan buah pinggang

Gambar di atas menunjukkan jarum dicucuk di titik buah pinggang KID3 dan KID7 yang mampu menguatkan buah pinggang. Ianya meningkatkan ketahanan seksual anda dan kekuatan zakar serta merawat masalah kesihatan lain. Khasiat titik-titik tersebut adalah:

  1. Titik akupunktur Taixi KID3
    Sifat: menguatkan buah pinggang, mengatasi penyakit kelamin lelaki dan wanita
    Khasiat: sangat bagus untuk masalah impotensi, kencing malam, kitaran haid tidak teratur, cirit-birit, sakit tekak, sakit gigi, asma, tidak boleh tidur, sakit pinggang, sakit ketika kencing dan hiperseks.
  2.  
  3. Titik akupunktur Fuliu KID7
    Sifat: mengatur pori-pori, mengawal fungsi pundi kencing, menguatkan buah pinggang
    Khasiat: bagus untuk peluh tidak keluar, bengkak-bengkak, peluh terlampau banyak, cirit-birit, radang testis, penyakit shock.

Misai kucing merawat masalah kebatinan lelaki

Misai kucing merawat masalah kebatinan lelaki

Pokok Misai Kucing

Sesiapa sahaja memang mengenali pokok Misai Kucing (nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus) kerana bunganya mirip misai seekor kucing. Ianya amat popular dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah kencing manis dan batu karang. Akan tetapi tahukah anda Misai Kucing mampu merawat masalah kebatinan lelaki?

Seperti di dalam artikel saya yang lepas (baca di sini) saya menyatakan organ buah pinggang adalah penentu kepada kesihatan seksual anda. Perubatan tradisional Cina mengatakan bahawa buah pinggang adalah menjadi asas kepada sumber kehidupan seperti  memberi essence atau intipati kepada janin, pembesaran, kematangan dan pembangunan. Ianya juga menjadi asas kepada fungsi seksual manusia seperti penghasilan sperma dan ovum, penentu kadar kekuatan nafsu seks dan kesihatan organ seks. Oleh itu jika buah pinggang bermasalah maka masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, masalah tenaga batin dan kanak-kanak lambat membesar akan berlaku.


Antara penyakit-penyakit yang akan dialami akibat masalah buah pinggang adalah kepala pusing, wajah bengkak dan berwarna kehitam-hitaman, pandangan kabur, nafas pendek atau sesak, selalu terasa mengantuk, gelisah, kotoran tidak berbentuk, sukar buang air besar, impotensi/masalah tenaga batin, perut kembung dan muntah-muntah.

Misai kucing

Misai Kucing yang mempunyai pelbagai khasiat

Misai kucing amat bagus untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ini sangat bagus bagi kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda. Khasiat lain Misai Kucing adalah:

  • mencuci saluran kencing dan buah pinggang
  • mengelakkan dari terjadinya batu karang
  • membuang asid urik berlebihan dalam badan
  • mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi
  • merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan akibat masalah asid berlebihan
  • menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan
  • merawat masalah keputihan bagi wanita
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengurangkan risiko penyakit gout
  • mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang
  • menambahkan tenaga setiap hari
Sistem Perkumuhan Manusia
Gambar di atas menunjukkan zakar merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem perkumuhan manusia. Oleh itu saluran kencing dan buah pinggang perlu dicuci bagi memastikan zakar sihat. Selain daripada itu, penghasilan sperma akan bertambah pekat dan kuat sekiranya buah pinggang kita sihat. Zakar juga akan lebih tahan lama apabila bersama dengan isteri anda. Proses pencucian boleh dilakukan dengan mengamalkan teh misai kucing

Bagi menambahkan pemahaman anda, zakar lelaki perlukan air untuk kembali terus kuat dan tahan lama. Jadi amalan minum teh misai kucing sangat digalakkan kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengatasi masalah kebatinan lelaki. Akan tetapi terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakar kembali kuat dan tahan lama iaitu kurangkan onani dan elakkan minum ais/air sejuk (walau dari peti sejuk). Air kosong/air suam yang cukup perlu juga diamalkan setiap hari. Insya Allah berkesan.

Sembelit yang kronik

Sembelit yang kronik


Sekiranya anda sukar membuang air besar sehingga duduk meneran sampai muka anda menjadi merah menandakan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit kerap terjadi pada rakyat Malaysia yang seringkali dipandang ringan kerana jika tidak dirawat maka akan mengakibatkan masalah lain seperti buasir dan lain-lain.


Sembelit berpunca daripada usus yang bermasalah dalam pembuangan air besar. Faktor-faktor yang menyebabkan sembelit adalah:

  • kurangnya mengamalkan minum air kosong
  • kekurangan pengambilan pemakanan yang berserat tinggi
  • gangguan pada diet harian 
  • kurang bersenam
  • stress
  • kemurungan
  • gangguan pada usus
  • kehamilan
  • kanser usus
  • saraf dan otot di usus tidak berfungsi dengan bagus

Rawatan akupunktur

Akupunktur mampu merawat masalah sembelit dengan jarum dicucuk pada titik-titik yang mewakili usus dan perut. Ianya melancarkan pengaliran darah di usus, mengaktifkan saraf usus dan melegakan kesakitan. Jarum akupunktur juga boleh dicucuk di bahagian tapak tangan atau terus di bahagian perut.

Titik akupunktur bagi usus besar

Titik meridian perut dan meridian Ren yang melalui bahagian perut dan usus.

Titik akupunktur bagi perut dan usus di tapak tangan

Pengamalan minum air suam



Pengamalan minum air suam

Semua sedia maklum kebaikan minum air suam. Berikut saya sertakan kebaikan meminum air suam:

1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Kredit: Blog Sedetik waktu....Secuit masa....

Obsessive–compulsive disorder (OCD)

Obsessive–compulsive disorder (OCD) adalah masalah kebimbangan disebabkan gangguan fikiran yang membawa kepada rasa tidak selesa, ketakutan, kerisauan, kelakuan yang berulang untuk mengurangkan masalah kebimbangan atau gabungan obsession dan compulsive. Gambar menunjukkan masalah OCD memberi kesan kepada beberapa bahagian otak. Boleh dilihat di dalam gambarajah, bahagian otak yang terlibat dalam masalah OCD ini adalah jaringan cortex, basal ganglia dan thalamus. Jaringan ini memperlihatkan aktiviti metabolik yang tinggi dan hyperactive neurotransmitter circuits di antara jaringan tersebut terlibat secara langsung. Bagi merawat masalah ini rawatan akupunktur digunakan bagi merangsang kembali saraf dan kawasan otak yang berkaitan berfungsi secara normal. Ianya memerlukan masa dan rawatan yang berulang kerana rawatan akupunktur memang memerlukan masa untuk merawat sesuatu masalah. Rawatan pembetulan tulang belakang juga boleh dilakukan bagi memperbetulkan masalah kedudukan tulang tengkuk yang mungkin menyumbang kepada masalah OCD ini.

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

1. Boleh sembuh ke dengan rawatan alternatif ni?
- Saya bukan Tuhan. Hanya Allah boleh sembuhkan tetapi kalau pesakit hanya datang sekali macam mana nak sembuh? Fikirlah sendiri.

2. Warga emas yang sudah duduk di kerusi roda masih boleh diurut?
- Warga emas tidak disarankan diurut lututnya kerana badan warga emas lambat untuk sembuh oleh itu rawatan yang selamat adalah rawatan akupunktur.

3. Doktor cakap ligamen lutut saya dah koyak dan tiada ubat hanya pembedahan jawapannya. Masih boleh dirawat ke?
- Jangan buat pembedahan tersebut kerana masih boleh dirawat dengan kaedah urutan dan rawatan akupunktur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika anda masih boleh berjalan dan berlari-lari anak maknanya bukan koyak ligamen lutut.

4. Lutut saya terasa longgar. Apa masalahnya ye?
- Urat yang memegang lutut anda sudah lemah dan perlu diaktifkan dengan menekan titik akupunktur pada urat tersebut. Insya Allah ok.

5. Rawatan ambil masa berapa lama?
- Bergantung pada masalah lutut itu sendiri. Tidak semua sama kesnya. Warga emas lain kes dia, orang muda lain kes dia. Cuma akupunktur ambil masa 30 minit dan urutan tidak lebih setengah jam.

6. Berapa kerap rawatan perlu dibuat?
- Bergantung pada masalah tetapi kebiasaannya dalam 2 hingga 3 kali rawatan.

7. Adakah pakej diberikan bagi rawatan ini?
- Saya tidak ada beri pakej atau diskaun. Harga sama bagi setiap kali rawatan.

8. Ada beri apa-apa produk ke?
- Saya tidak promosi apa-apa produk atau beri apa-apa produk. Cuma saya boleh nasihatkan sahaja untuk mengamalkan herba apa bagi masalah sakit lutut.

Batuk berdarah atau Hemoptysis

Batuk berdarah atau Hemoptysis terjadi apabila pesakit mengeluarkan batuk yang mengandungi darah atau mukus yang berdarah melalui paru-paru dan tekak. Ianya tidak sama dengan pendarahan daripada mulut, tekak dan hidung. Selalunya darah yang keluar ketika batuk kelihatan berbuih kerana bercampur dengan angin dan mukus. Terdapat pelbagai sebab masalah batuk berdarah iaitu:

- kesumbatan di dalam paru-paru
- bernafas dengan darah di dalam paru-paru
- masalah bronkitis
- kanser
- peradangan di pembuluh darah di dalam paru-paru
- kecederaan pada arteri di paru-paru
- pneumonia
- penyakit Tibi
- Cystic fibrosis
- Pulmonary edema
- dan lain-lain.

Rawatan alternatif bagi masalah ini adalah rawatan akupunktur dan pembetulan tulang belakang yang menumpukan pada tulang yang bersambung sarafnya pada paru-paru. Kebiasannya di kawasan tulang belikat ke atas. Rawatan akupunktur di buat pada tapak tangan atau di bahagian lengan di mana titik akupunktur yang mewakili paru-paru dapat merawat masalah batuk berdarah ini.