Wednesday, May 22, 2013

Buah pinggang penentu kesihatan seksual anda

Buah pinggang penentu kesihatan seksual anda

Buah pinggang dan sistem perkumuhan

Di dalam perubatan tradisional Cina, buah pinggang mempunyai tugas penting iaitu menjadi penentu kepada kesihatan seksual sama ada lelaki dan wanita, menjadi jus bagi keinginan seks, kesuburan dan pembiakan. Buah pinggang juga berfungsi menguatkan hati (liver) jika buah pinggang kita kuat maka hati juga akan kuat kerana kedua-duanya berkaitan.


Rawatan akupunktur

Bagi menguatkan kembali zakar dan ketahanan seksual anda titik buah pinggang perlu diaktifkan. Jarum akupunktur dicucuk ke titik-titik berkenaan dan dipulas bagi merangsang saraf yang berkaitan buah pinggang. Berdasarkan pengalaman saya pesakit akan berasa seperti aliran elektrik semasa proses rawatan sedang berlangsung. Ini menunjukkan tanda baik bagi pesakit dan sekiranya ingin mendapatkan keberkesanan perlulah rawatan dibuat secara berulangkali.

Rawatan akupunktur bagi menguatkan buah pinggang

Gambar di atas menunjukkan jarum dicucuk di titik buah pinggang KID3 dan KID7 yang mampu menguatkan buah pinggang. Ianya meningkatkan ketahanan seksual anda dan kekuatan zakar serta merawat masalah kesihatan lain. Khasiat titik-titik tersebut adalah:

  1. Titik akupunktur Taixi KID3
    Sifat: menguatkan buah pinggang, mengatasi penyakit kelamin lelaki dan wanita
    Khasiat: sangat bagus untuk masalah impotensi, kencing malam, kitaran haid tidak teratur, cirit-birit, sakit tekak, sakit gigi, asma, tidak boleh tidur, sakit pinggang, sakit ketika kencing dan hiperseks.
  2.  
  3. Titik akupunktur Fuliu KID7
    Sifat: mengatur pori-pori, mengawal fungsi pundi kencing, menguatkan buah pinggang
    Khasiat: bagus untuk peluh tidak keluar, bengkak-bengkak, peluh terlampau banyak, cirit-birit, radang testis, penyakit shock.

Misai kucing merawat masalah kebatinan lelaki

Misai kucing merawat masalah kebatinan lelaki

Pokok Misai Kucing

Sesiapa sahaja memang mengenali pokok Misai Kucing (nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus) kerana bunganya mirip misai seekor kucing. Ianya amat popular dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah kencing manis dan batu karang. Akan tetapi tahukah anda Misai Kucing mampu merawat masalah kebatinan lelaki?

Seperti di dalam artikel saya yang lepas (baca di sini) saya menyatakan organ buah pinggang adalah penentu kepada kesihatan seksual anda. Perubatan tradisional Cina mengatakan bahawa buah pinggang adalah menjadi asas kepada sumber kehidupan seperti  memberi essence atau intipati kepada janin, pembesaran, kematangan dan pembangunan. Ianya juga menjadi asas kepada fungsi seksual manusia seperti penghasilan sperma dan ovum, penentu kadar kekuatan nafsu seks dan kesihatan organ seks. Oleh itu jika buah pinggang bermasalah maka masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, masalah tenaga batin dan kanak-kanak lambat membesar akan berlaku.


Antara penyakit-penyakit yang akan dialami akibat masalah buah pinggang adalah kepala pusing, wajah bengkak dan berwarna kehitam-hitaman, pandangan kabur, nafas pendek atau sesak, selalu terasa mengantuk, gelisah, kotoran tidak berbentuk, sukar buang air besar, impotensi/masalah tenaga batin, perut kembung dan muntah-muntah.

Misai kucing

Misai Kucing yang mempunyai pelbagai khasiat

Misai kucing amat bagus untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ini sangat bagus bagi kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda. Khasiat lain Misai Kucing adalah:

  • mencuci saluran kencing dan buah pinggang
  • mengelakkan dari terjadinya batu karang
  • membuang asid urik berlebihan dalam badan
  • mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi
  • merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan akibat masalah asid berlebihan
  • menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan
  • merawat masalah keputihan bagi wanita
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengurangkan risiko penyakit gout
  • mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang
  • menambahkan tenaga setiap hari
Sistem Perkumuhan Manusia
Gambar di atas menunjukkan zakar merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem perkumuhan manusia. Oleh itu saluran kencing dan buah pinggang perlu dicuci bagi memastikan zakar sihat. Selain daripada itu, penghasilan sperma akan bertambah pekat dan kuat sekiranya buah pinggang kita sihat. Zakar juga akan lebih tahan lama apabila bersama dengan isteri anda. Proses pencucian boleh dilakukan dengan mengamalkan teh misai kucing

Bagi menambahkan pemahaman anda, zakar lelaki perlukan air untuk kembali terus kuat dan tahan lama. Jadi amalan minum teh misai kucing sangat digalakkan kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengatasi masalah kebatinan lelaki. Akan tetapi terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakar kembali kuat dan tahan lama iaitu kurangkan onani dan elakkan minum ais/air sejuk (walau dari peti sejuk). Air kosong/air suam yang cukup perlu juga diamalkan setiap hari. Insya Allah berkesan.

Sembelit yang kronik

Sembelit yang kronik


Sekiranya anda sukar membuang air besar sehingga duduk meneran sampai muka anda menjadi merah menandakan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit kerap terjadi pada rakyat Malaysia yang seringkali dipandang ringan kerana jika tidak dirawat maka akan mengakibatkan masalah lain seperti buasir dan lain-lain.


Sembelit berpunca daripada usus yang bermasalah dalam pembuangan air besar. Faktor-faktor yang menyebabkan sembelit adalah:

  • kurangnya mengamalkan minum air kosong
  • kekurangan pengambilan pemakanan yang berserat tinggi
  • gangguan pada diet harian 
  • kurang bersenam
  • stress
  • kemurungan
  • gangguan pada usus
  • kehamilan
  • kanser usus
  • saraf dan otot di usus tidak berfungsi dengan bagus

Rawatan akupunktur

Akupunktur mampu merawat masalah sembelit dengan jarum dicucuk pada titik-titik yang mewakili usus dan perut. Ianya melancarkan pengaliran darah di usus, mengaktifkan saraf usus dan melegakan kesakitan. Jarum akupunktur juga boleh dicucuk di bahagian tapak tangan atau terus di bahagian perut.

Titik akupunktur bagi usus besar

Titik meridian perut dan meridian Ren yang melalui bahagian perut dan usus.

Titik akupunktur bagi perut dan usus di tapak tangan

Pengamalan minum air suam



Pengamalan minum air suam

Semua sedia maklum kebaikan minum air suam. Berikut saya sertakan kebaikan meminum air suam:

1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Kredit: Blog Sedetik waktu....Secuit masa....

Obsessive–compulsive disorder (OCD)

Obsessive–compulsive disorder (OCD) adalah masalah kebimbangan disebabkan gangguan fikiran yang membawa kepada rasa tidak selesa, ketakutan, kerisauan, kelakuan yang berulang untuk mengurangkan masalah kebimbangan atau gabungan obsession dan compulsive. Gambar menunjukkan masalah OCD memberi kesan kepada beberapa bahagian otak. Boleh dilihat di dalam gambarajah, bahagian otak yang terlibat dalam masalah OCD ini adalah jaringan cortex, basal ganglia dan thalamus. Jaringan ini memperlihatkan aktiviti metabolik yang tinggi dan hyperactive neurotransmitter circuits di antara jaringan tersebut terlibat secara langsung. Bagi merawat masalah ini rawatan akupunktur digunakan bagi merangsang kembali saraf dan kawasan otak yang berkaitan berfungsi secara normal. Ianya memerlukan masa dan rawatan yang berulang kerana rawatan akupunktur memang memerlukan masa untuk merawat sesuatu masalah. Rawatan pembetulan tulang belakang juga boleh dilakukan bagi memperbetulkan masalah kedudukan tulang tengkuk yang mungkin menyumbang kepada masalah OCD ini.

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

1. Boleh sembuh ke dengan rawatan alternatif ni?
- Saya bukan Tuhan. Hanya Allah boleh sembuhkan tetapi kalau pesakit hanya datang sekali macam mana nak sembuh? Fikirlah sendiri.

2. Warga emas yang sudah duduk di kerusi roda masih boleh diurut?
- Warga emas tidak disarankan diurut lututnya kerana badan warga emas lambat untuk sembuh oleh itu rawatan yang selamat adalah rawatan akupunktur.

3. Doktor cakap ligamen lutut saya dah koyak dan tiada ubat hanya pembedahan jawapannya. Masih boleh dirawat ke?
- Jangan buat pembedahan tersebut kerana masih boleh dirawat dengan kaedah urutan dan rawatan akupunktur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika anda masih boleh berjalan dan berlari-lari anak maknanya bukan koyak ligamen lutut.

4. Lutut saya terasa longgar. Apa masalahnya ye?
- Urat yang memegang lutut anda sudah lemah dan perlu diaktifkan dengan menekan titik akupunktur pada urat tersebut. Insya Allah ok.

5. Rawatan ambil masa berapa lama?
- Bergantung pada masalah lutut itu sendiri. Tidak semua sama kesnya. Warga emas lain kes dia, orang muda lain kes dia. Cuma akupunktur ambil masa 30 minit dan urutan tidak lebih setengah jam.

6. Berapa kerap rawatan perlu dibuat?
- Bergantung pada masalah tetapi kebiasaannya dalam 2 hingga 3 kali rawatan.

7. Adakah pakej diberikan bagi rawatan ini?
- Saya tidak ada beri pakej atau diskaun. Harga sama bagi setiap kali rawatan.

8. Ada beri apa-apa produk ke?
- Saya tidak promosi apa-apa produk atau beri apa-apa produk. Cuma saya boleh nasihatkan sahaja untuk mengamalkan herba apa bagi masalah sakit lutut.

Batuk berdarah atau Hemoptysis

Batuk berdarah atau Hemoptysis terjadi apabila pesakit mengeluarkan batuk yang mengandungi darah atau mukus yang berdarah melalui paru-paru dan tekak. Ianya tidak sama dengan pendarahan daripada mulut, tekak dan hidung. Selalunya darah yang keluar ketika batuk kelihatan berbuih kerana bercampur dengan angin dan mukus. Terdapat pelbagai sebab masalah batuk berdarah iaitu:

- kesumbatan di dalam paru-paru
- bernafas dengan darah di dalam paru-paru
- masalah bronkitis
- kanser
- peradangan di pembuluh darah di dalam paru-paru
- kecederaan pada arteri di paru-paru
- pneumonia
- penyakit Tibi
- Cystic fibrosis
- Pulmonary edema
- dan lain-lain.

Rawatan alternatif bagi masalah ini adalah rawatan akupunktur dan pembetulan tulang belakang yang menumpukan pada tulang yang bersambung sarafnya pada paru-paru. Kebiasannya di kawasan tulang belikat ke atas. Rawatan akupunktur di buat pada tapak tangan atau di bahagian lengan di mana titik akupunktur yang mewakili paru-paru dapat merawat masalah batuk berdarah ini.

Bagi merawat masalah tulang belakang

Bagi merawat masalah tulang belakang seperti sakit belakang, Skoliosis (tulang belakang bengkok), sakit pinggang, sakit belikat, sakit bahu dan sebagainya bolehlah dirawat dengan kaedah refleksologi di kaki. Gambar menunjukkan bahagian tulang belakang yang diwakili tapak kaki manusia. Tulang tengkuk diwakili ibu jari kaki kemudian menjalar ke perut tapak kaki sehingga ke tumit yang mewakili tulang sacrum. Mengikut pengalaman saya refleksologi tapak kaki amat perlahan sedikit kesannya berbanding tapak tangan. Tetapi boleh dijadikan gabungan rawatan dalam merawat masalah tulang belakang. Saya gunakan kaedah tuaman ke atas tapak kaki tersebut.

Titik akupunktur Ganshu BL-18

Titik akupunktur Ganshu BL-18



Lokasi: 1.5 cun dari pertengahan tulang belakang dan berada di antara tulang T9 dan T10

Keistimewaan: Titik hati atau liver (titik untuk mengatasi hati yang tersumbat), merangsang organ hati dari belakang. Jika hati atau liver bermasalah boleh dipicit titik ini.

Sifat: Dapat menambahkan darah, menghilangkan kesumbatan di dalam pengedaran darah, menghilangkan panas dan lembap pada hati dan hempedu, menambah daya penglihatan.

Khasiat: Perut bengkak, sakit kuning, jaundice, rasa mual, sedikit menstruasi atau menstruasi berlebihan, mata kabur, mata merah, sakit di bahagian perut atas, muntah darah, hidung berdarah, rabun ayam, epilepsi, gangguan mental dan sakit pinggang.

Tips merawat masalah sakit sendi bahu

Masalah sakit sendi bahu


Masalah sakit bahu sering dialami oleh golongan pekerja, mereka yang aktif bersukan dan juga surirumah. Kebiasaannya sakit bahu ini mengganggu pergerakkan seharian mereka yang mengalaminya sehinggakan terpaksa pergi ke hospital. Terdapat beberapa sebab mengapa sakit bahu terjadi antaranya kecederaan ketika bersukan atau bertugas, kemalangan jalan raya atau jatuh ketika memanjat tempat yang tinggi.


Masalah sakit bahu sebenarnya amat mengelirukan kerana melibatkan pelbagai otot yang bersambung pada tulang bahu dan juga tulang-tulang lain seperti tulang belakang, tulang rangka dan juga tulang belikat. Jadi saya senaraikan beberapa kaedah bagi merawat masalah sakit sendi bahu antaranya:
  • urutan dan tekanan
  • terapi myofacsial

Kaedah urutan dan tekanan

Urutan dan tekanan boleh dibuat kepada titik-titik akupunktur dan saraf yang terdapat di bahu bagi melegakan kesakitan dan merangsang kembali saraf yang sudah tidak aktif. Ini adalah kerana yang memegang sendi bahu atau tulang bahu adalah urat saraf. Maka jika urat saraf kita lemah jadi kesakitan akan terasa di bahagian sendi bahu. Gambar bawah menunjukkan bagaimana saraf yang menjalar daripada bahagian kepala ke bahagian bahu dan tangan keseluruhannya dipicit atau ditekan menggunakan jari bagi merangsang atau mengaktifkan kembali urat saraf tersebut.

Tips merawat sakit bahu dengan menekan pada anak panah merah


Titik akupunktur memang banyak di bahagian bahu jadi anda boleh menekan selama 30 saat bagi memberikan kelegaan dan menguatkan kembali bahu yang lemah sebagai contoh sendi bahu yang terkeluar dari soketnya. Pengalaman saya merawat masalah sendi bahu yang terkeluar dari kedudukannya, setelah beberapa minit titik dan kawasan tersebut ditekan dan diurut, pesakit berasa lega dan sendi bahu menjadi kuat. Tidak lagi terasa longgar, lenguh dan sakit. Boleh diulang sehingga pesakit berasa lega Insya Allah.

Seperti di dalam gambar di bawah titik-titik akupunktur yang terdapat di bahagian bahu adalah
  • Titik usus kecil SI14
  • Titik usus kecil SI15
  • Titik pundi hempedu GB21
  • Titik usus besar LI16
  • Titik SianJao SJ14
  • Titik SianJao SJ15
Titik-titik akupunktur di bahu
Alhamdulillah...rahmatilah dan sembuhkanlah al fadhil us mhd daud...wasalallah...aameen us abdullah di sayangi sahabat"nya...Dan ada satu kaedah perubatan tibunNabawi / anatomi/struktur anggota manusia ~ letak tangan di atas kepala bahagian otak kiri andai sebelah kanan anggota yg strok dan letak tangan bahagian kanan otak andai anggota kiri badan yg lumpuh,,,sambil di baca Al fatihah ,ayatul qursi,at tariq,al insyirah dan 3 qul serta ayat syifa' lain /doa akhirnya selawat...tawakal pada Rabb

Wednesday, May 15, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

.:: ♥| LIKE | SHARE | COMMENT | TAG |♥ ::.

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Insyallah.
"Sekadar untuk berkongsi maklumat, mudah-mudahan dapat membantu." 

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Insyallah.

Tuesday, May 14, 2013

BATU KARANG HEMPEDU

Pengenalan

Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil (duodenum).

Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik, duktus hempedu biasa dan memasuki duodenum di mana ia akan memecahkan lemak yang ada dalam makanan.

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini mengambil masa selama beberapa tahun bermula dari saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir hingga sebesar bola golf. Permukaan batu tersebut ada yang licin dan ada yang tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Jenis-Jenis Batu Karang Hempedu

1. Batu karang hempedu berkolestrol – berwarna kuning. Mungkin juga ada bahan lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darh merah yang lemah). 80% dari kes batu karang hempedu dari jenis ini.
2. Batu karang hempedu berpigmen – berwarna coklat gelap atau hitam. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah dan membentuk duktus sendiri. Jarang berlaku.
Simtom-Simtom

1. Rasa senak yang kronik dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.

Kesakitan ini mungkin berlaku selama 1 hingga 2 jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
Rasa sakit ini memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam.
Serangan bermula di bahagian tengah dan atas abdomen dan kadangkala menular ke belakang atau bahu kanan.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama 1 hari atau lebih.
3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan disertai dengan demam panas.

BATU KARANG HEMPEDU

Faktor-Faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun temurun. Ia mudah terjadi kepada golongan tertentu sepeti berikut:

Wanita di antara umor 20 dan 60 tahun berisiko 2 kali ganda lebih dari lelaki.
Mereka yang obes atau memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang tinggi.
Mereka yang mengambil diet yang rendah kalori dan cuba untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini akan menggangu sistem kimia tubuh dan menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut dan menghasilkan cecair dalam kuantiti yang tidak mencukupi.

Diagnos

Perubatan moden mengesan tanda-tanda kehadiran batu karang hempedu dengan ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.

Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata dan memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat samada ia terasa sakit bila disentuh. Sekiranya didapati positif, pemeriksaan lanjutan ujian darah akan dilakukan untuk mengetahui tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

1. Pembedahan – samada pembedahan kecil atau pembedahan terbuka.
2. Bukan pembedahan – samada dengan pengambilan pil garam hempedu untuk melarutkan batu-batu kolestrol yang kecil atau melalui terapi gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang.

*Nota – melalui cara rawatan di atas, kemungkinan untuk batu karang hempedu terjadi semula adalah tinggi sekiranya pesakit tidak mengambil ubat ursodial (pil garam hempedu) secara berterusan.

(petikan daripada ruangan kesihatan keluaran mingguan malaysia 12 november 2006 oleh shafinaz sheikh maznan dengan kerjasama dr abd hamid mat sain, pakar runding bedah am dan laparoskopik, columbiaasia medical centre, seremban, negri sembilan.)
Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Wednesday, April 3, 2013

Rawatan akupunktur bagi masalah perut buncit dan fibroid.

Rawatan akupunktur bagi masalah perut buncit dan fibroid. Pesakit menjerit kesakitan menandakan masalah rahim yang sangat teruk. Pembakaran moxa dibuat bagi membantu menstabilkan pengaliran darah.

Tuesday, April 2, 2013

merawat pesakit.

Buku yang bagus bagi perawat dalam merawat pesakit. Boleh di dapati di BookXcess.

Rawatan akupunktur bagi masalah ketagihan merokok.

Rawatan akupunktur bagi masalah ketagihan merokok. Titik yang digunakan sama dengan merawat masalah ketagihan dadah.

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah ketagihan merokok

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah ketagihan merokok. Titik yang digunakan adalah titik bagi organ paru-paru, jantung, selaput jantung, hati dan buah pinggang. Selepas beberapa minit rawatan mulut pesakit berasa ngilu menandakan saraf di mulut sedang diaktifkan. Bahan kimia dalam rokok memberi kesan buruk pada saraf mulut dan kaedah akupunktur digunakan bagi merawatnya.

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah paru-paru, jantung dan perut

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah paru-paru, jantung dan perut. Selepas rawatan pesakit warga emas berasa lega dan boleh tidur dengan nyenyak.

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

Frequently Asked Questions - Sakit lutut

1. Boleh sembuh ke dengan rawatan alternatif ni?
- Saya bukan Tuhan. Hanya Allah boleh sembuhkan tetapi kalau pesakit hanya datang sekali macam mana nak sembuh? Fikirlah sendiri.

2. Warga emas yang sudah duduk di kerusi roda masih boleh diurut?
- Warga emas tidak disarankan diurut lututnya kerana badan warga emas lambat untuk sembuh oleh itu rawatan yang selamat adalah rawatan akupunktur.

3. Doktor cakap ligamen lutut saya dah koyak dan tiada ubat hanya pembedahan jawapannya. Masih boleh dirawat ke?
- Jangan buat pembedahan tersebut kerana masih boleh dirawat dengan kaedah urutan dan rawatan akupunktur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika anda masih boleh berjalan dan berlari-lari anak maknanya bukan koyak ligamen lutut.

4. Lutut saya terasa longgar. Apa masalahnya ye?
- Urat yang memegang lutut anda sudah lemah dan perlu diaktifkan dengan menekan titik akupunktur pada urat tersebut. Insya Allah ok.

5. Rawatan ambil masa berapa lama?
- Bergantung pada masalah lutut itu sendiri. Tidak semua sama kesnya. Warga emas lain kes dia, orang muda lain kes dia. Cuma akupunktur ambil masa 30 minit dan urutan tidak lebih setengah jam.

6. Berapa kerap rawatan perlu dibuat?
- Bergantung pada masalah tetapi kebiasaannya dalam 2 hingga 3 kali rawatan.

7. Adakah pakej diberikan bagi rawatan ini?
- Saya tidak ada beri pakej atau diskaun. Harga sama bagi setiap kali rawatan.

8. Ada beri apa-apa produk ke?
- Saya tidak promosi apa-apa produk atau beri apa-apa produk. Cuma saya boleh nasihatkan sahaja untuk mengamalkan herba apa bagi masalah sakit lutut.

Batuk berdarah atau Hemoptysis

Batuk berdarah atau Hemoptysis terjadi apabila pesakit mengeluarkan batuk yang mengandungi darah atau mukus yang berdarah melalui paru-paru dan tekak. Ianya tidak sama dengan pendarahan daripada mulut, tekak dan hidung. Selalunya darah yang keluar ketika batuk kelihatan berbuih kerana bercampur dengan angin dan mukus. Terdapat pelbagai sebab masalah batuk berdarah iaitu:

- kesumbatan di dalam paru-paru
- bernafas dengan darah di dalam paru-paru
- masalah bronkitis
- kanser
- peradangan di pembuluh darah di dalam paru-paru
- kecederaan pada arteri di paru-paru
- pneumonia
- penyakit Tibi
- Cystic fibrosis
- Pulmonary edema
- dan lain-lain.

Rawatan alternatif bagi masalah ini adalah rawatan akupunktur dan pembetulan tulang belakang yang menumpukan pada tulang yang bersambung sarafnya pada paru-paru. Kebiasannya di kawasan tulang belikat ke atas. Rawatan akupunktur di buat pada tapak tangan atau di bahagian lengan di mana titik akupunktur yang mewakili paru-paru dapat merawat masalah batuk berdarah ini.

Wednesday, March 20, 2013

Rawatan akupunktur untuk kaki jangkitan kuman.

Rawatan akupunktur bagi masalah Varicose Veins. Setelah rawatan pertama m
Rawatan akupunktur untuk kaki jangkitan kuman. Kuman sudah naik hampir kepada lutut. Oleh itu jarum akupunktur dicucuk di keliling kawasan kuman bagi menstabilkan pengaliran darah. Setelah beberapa minit rawatan dibuat, kulit sudah menjadi kemerah-merahan menandakan darah sudah mengalir. Rawatan selanjutnya perlu dibuat bagi proses kesembuhan.
asalah urat bengkak berkurangan. Alhamdulillah. Perlu diingatkan kaki seperti ini tidak digalakkan diurut kerana akan mengakibatkan urat pecah dan darah akan memancut keluar. Rawatan yang sesuai adalah rawatan akupunktur.

Rawatan akupunktur bagi masalah Varicose Veins

Rawatan akupunktur bagi masalah Varicose Veins. Setelah rawatan pertama masalah urat bengkak berkurangan. Alhamdulillah. Perlu diingatkan kaki seperti ini tidak digalakkan diurut kerana akan mengakibatkan urat pecah dan darah akan memancut keluar. Rawatan yang sesuai adalah rawatan akupunktur.

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah kanser payudara

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah kanser payudara. Titik yang dipilih adalah titik yang berada di tapak tangan yang mewakili bahagian dada dan payudara. Selepas rawatan dilakukan pesakit berasa lega. Dinasihatkan tidak mengamalkan minum air sejuk.

Ini adalah rawatan akupunktur bagi masalah tangan strok

Ini adalah rawatan akupunktur bagi masalah tangan strok sebelah. Boleh dilihat jarinya tidak boleh dibuka dan senantiasa digenggam. Jarum dicucuk dan digabungkan dengan pembakaran moxa bagi mengaktifkan saraf dan menstabilkan pengaliran darah.

Akupunktur untuk masalah telinga berdesing.

Akupunktur untuk masalah telinga berdesing.

Tuesday, March 19, 2013

Saraf-saraf di bahagian kepala

Saraf-saraf di bahagian kepala. Bagi mereka yang mengalami lumpuh muka sebelah atau penyakit Bell's Palsy, migrain, resdung, rabun, telinga berdesing/berdengung, kerap selsema, bersin, sakit gigi dan lain-lain, saraf-saraf yang seperti di kepala inilah yang perlu diaktifkan dengan jarum akupunktur untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

P/S: Gambar diambil dari buku Atlas of Anatomy

Rawatan akupunktur bagi masalah kuku mati

Rawatan akupunktur bagi masalah kuku mati. Boleh dilihat warna kuku menjadi kelabu menandakan darah sudah mengalir. Pesakit dinasihatkan mengamalkan teh misai kucing.
Gambar: Rawatan akupunktur bagi masalah kuku mati. Boleh dilihat warna kuku menjadi kelabu menandakan darah sudah mengalir. Pesakit dinasihatkan mengamalkan teh misai kucing.

Rawatan akupunktur bagi masalah bengkak di belakang badan

Rawatan akupunktur bagi masalah bengkak di belakang badan. Digabungkan sekali dengan pembakaran herba moxa bagi menurunkan bengkak.

Gambar: Rawatan akupunktur bagi masalah bengkak di belakang badan. Digabungkan sekali dengan pembakaran herba moxa bagi menurunkan bengkak.

Rawatan akupunktur bagi masalah pendengaran

Rawatan akupunktur bagi masalah pendengaran. Pesakit merupakan seorang remaja yang sudah mengalami masalah pendengaran sejak kecil lagi. Selepas rawatan pesakit berasa ringan dan lega kerana sebelum ini telinganya terasa berat. Dinasihatkan mengelak dari minum ais atau air sejuk.