Rawatan
akupunktur bagi masalah perut buncit dan fibroid. Pesakit menjerit
kesakitan menandakan masalah rahim yang sangat teruk. Pembakaran moxa
dibuat bagi membantu menstabilkan pengaliran darah.
Wednesday, April 3, 2013
Tuesday, April 2, 2013
Rawatan akupunktur bagi masalah ketagihan merokok.
Rawatan akupunktur bagi masalah ketagihan merokok. Titik yang digunakan sama dengan merawat masalah ketagihan dadah.
Rawatan akupunktur tangan bagi masalah ketagihan merokok
Rawatan
akupunktur tangan bagi masalah ketagihan merokok. Titik yang digunakan
adalah titik bagi organ paru-paru, jantung, selaput jantung, hati dan
buah pinggang. Selepas beberapa minit rawatan mulut pesakit berasa ngilu
menandakan saraf di mulut sedang diaktifkan. Bahan kimia dalam rokok
memberi kesan buruk pada saraf mulut dan kaedah akupunktur digunakan
bagi merawatnya.
Rawatan akupunktur tangan bagi masalah paru-paru, jantung dan perut
Rawatan
akupunktur tangan bagi masalah paru-paru, jantung dan perut. Selepas
rawatan pesakit warga emas berasa lega dan boleh tidur dengan nyenyak.
Frequently Asked Questions - Sakit lutut

1. Boleh sembuh ke dengan rawatan alternatif ni?
- Saya bukan Tuhan. Hanya Allah boleh sembuhkan tetapi kalau pesakit hanya datang sekali macam mana nak sembuh? Fikirlah sendiri.
2. Warga emas yang sudah duduk di kerusi roda masih boleh diurut?
- Warga emas tidak disarankan diurut lututnya kerana badan warga emas lambat untuk sembuh oleh itu rawatan yang selamat adalah rawatan akupunktur.
3. Doktor cakap ligamen lutut saya dah koyak dan tiada ubat hanya pembedahan jawapannya. Masih boleh dirawat ke?
- Jangan buat pembedahan tersebut kerana masih boleh dirawat dengan kaedah urutan dan rawatan akupunktur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika anda masih boleh berjalan dan berlari-lari anak maknanya bukan koyak ligamen lutut.
4. Lutut saya terasa longgar. Apa masalahnya ye?
- Urat yang memegang lutut anda sudah lemah dan perlu diaktifkan dengan menekan titik akupunktur pada urat tersebut. Insya Allah ok.
5. Rawatan ambil masa berapa lama?
- Bergantung pada masalah lutut itu sendiri. Tidak semua sama kesnya. Warga emas lain kes dia, orang muda lain kes dia. Cuma akupunktur ambil masa 30 minit dan urutan tidak lebih setengah jam.
6. Berapa kerap rawatan perlu dibuat?
- Bergantung pada masalah tetapi kebiasaannya dalam 2 hingga 3 kali rawatan.
7. Adakah pakej diberikan bagi rawatan ini?
- Saya tidak ada beri pakej atau diskaun. Harga sama bagi setiap kali rawatan.
8. Ada beri apa-apa produk ke?
- Saya tidak promosi apa-apa produk atau beri apa-apa produk. Cuma saya boleh nasihatkan sahaja untuk mengamalkan herba apa bagi masalah sakit lutut.

Batuk berdarah atau Hemoptysis
Batuk
berdarah atau Hemoptysis terjadi apabila pesakit mengeluarkan batuk
yang mengandungi darah atau mukus yang berdarah melalui paru-paru dan
tekak. Ianya tidak sama dengan pendarahan daripada mulut, tekak dan
hidung. Selalunya darah yang keluar
ketika batuk kelihatan berbuih kerana bercampur dengan angin dan mukus.
Terdapat pelbagai sebab masalah batuk berdarah iaitu:
- kesumbatan di dalam paru-paru
- bernafas dengan darah di dalam paru-paru
- masalah bronkitis
- kanser
- peradangan di pembuluh darah di dalam paru-paru
- kecederaan pada arteri di paru-paru
- pneumonia
- penyakit Tibi
- Cystic fibrosis
- Pulmonary edema
- dan lain-lain.
Rawatan alternatif bagi masalah ini adalah rawatan akupunktur dan pembetulan tulang belakang yang menumpukan pada tulang yang bersambung sarafnya pada paru-paru. Kebiasannya di kawasan tulang belikat ke atas. Rawatan akupunktur di buat pada tapak tangan atau di bahagian lengan di mana titik akupunktur yang mewakili paru-paru dapat merawat masalah batuk berdarah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)